About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

18 October 2011

Manusia!!! - dedikasi buat adik Yue Yue

Mana hilang perimanusiamu?
Mana hilang insanmu?
Hilang nyawanya tanpa ihsanmu!
Tidakkah kau kasihan?

Tidak jejas maruahmu!
Tidak kelar namamu!
Tidak salah kau bantu dia!
Mana hilang kasihmu?

Mana dia jiwamu?
Mana dia mindamu?
Terjejaskah kau kerana dia?
Tidakkan?

29 September 2011

9 bulan

9 bulan
kau kandung
kau bawa sana-sini

9 bulan
sifat ibumu terlihat
sifat lembutmu terzahir

9 bulan
kau belai manja
kau usap mesra

Cukup 9 bulan
tergamak kau buang dia
dalam tong hijau!

09 August 2011

Ramadhan & Syawal

Ramadhan ini
seolah hilang serinya
atau
akukah yang semakin dewasa?

Syawal itu
mana auranya?
atau
akukah yang sedang menginjak usia?

Ramadhan ini
mungkin bukan untukku
atau
hanya bermakna kepada si fakir?

Syawal itu
mungkin bukan milikku
atau
tercipta untuk mereka bergelar anak-anak?

03 August 2011

Ramadhan!

1 Ramadhan
dan hari seterusnya..
nampak surau itu penuh
Insya Allah!

11 Ramadhan
hingga hari berikutnya..
yakin!
surau mula lompong!

21 Ramadhan?
esok lusanya?
akan hadir lagikah mereka?
Suram!

21 July 2011

Katanya...

Katanya..
dia pencinta wanita..
pastikah?
atau, omong kosong?

Katanya..
dia pencinta wanita..
andai benar..
sepak -terajang jadi hadiah?

Katanya...
dia pencinta wanita..
adilkah?
kayu tiga jadi pilihan?

Katanya...
dia pencinta wanita..
susahkah?
mengota janji?

04 July 2011

MATI ITU PASTI

Aku
Kau
Dia
Kamu
dan, mereka
punya masa lagi...

Aku
Kau
Dia
Kamu
dan, mereka
punya waktu untuk meminta...

Aku
Kau
Dia
Kamu
dan, mereka
percaya mati itu pasti!

30 June 2011

ALPA!

Kau tahu apa tentang Israk Mikraj?
Kau tahu apa maknanya?
Kau tahu cerita di sebaliknya?

Maaf!
Jika kau tanyakan padaku...
Kau silap orang...
Aku juga tak tahu!

Tapi..
bukan maknanya aku tak ambil tahu
bukan aku tak ambil pusing
Aku tahu...
Aku faham

Cuma...
Aku sering alpa!

31 May 2011

INGIN MENGERTI

Ingin mengerti
orang itu berkata tentang apa?
tentang siapa?

Ingin mengerti
dia sebenarnya berkata tentang apa?
tentang siapa?

Ingin mengerti
apa yang diperkata?
Siapa yang diperkata?

Ingin mengerti
mengapa diperkata?
mengapa terus berkata?


26 May 2011

ANEH!

Sangat aneh!
orang itu masih terus berkata-kata
tanpa henti...
tidakkah dia terasa penat?

Sangat aneh!
orang itu tetap terus bersuara
walau tiada siapa ingin dengar..
tidakkah dia perlukan rehat?

Sangat aneh!
orang itu ingin terus bersuara
tanpa arahan
tidakkah dia jemu?


14 February 2011

HARI KEKASIH

Kamu suka!
kamu cinta!
kamu sayang!
hanya kerana Hari Kekasih.


November nanti..
kamu humban dia..
kamu campak dia..
kamu bunuh dia..
hasil Hari Kekasih..

Hari ini,
kamu raikan..
kamu rayakan..
kamu jayakan..
Hari Kekasih..

9 bulan nanti,
kamu malu!
kamu takut!
itu hasil Hari Kekasih...