About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

25 November 2010

PERLU APA DIPERSOAL?

Perlu apa dipersoal?
Hati tetap saja sakit..
Dia pasti begitu terus...


Tak ingin melihat dia...
Mata pasti sakit lagi...
Perlu apa dipersoal?

Dia terus menyakiti..
Perlu apa dipersoal?
Hanya bikin aku terus panas!

01 October 2010

KERANA KAU SUAMI

Kasihmu terpaku di hati..
Sayangmu imam tersaksi ..
Cintamu terpateri di jari...
Kerana kau suami..

Kau aku kasih..
Kau aku sayang..
Kau aku cinta..
Kerana kau suami...

Terima kasihmu..
Terima sayangmu..
Terima cintamu...
Kerana kau suami....

Bukan salahmu..
bila aku cemburu..
Bukan silapmu..
Jika aku menangis..
Kerana kau suami..


 

20 August 2010

TAK PERNAH LUPA!

Aku tak pernah lupa
tentang status...
tentang segala..
Tapi, aku sering lupa
Dia...

Aku tak pernah lupa
tentang hati..
tentang rasa...
Tapi, aku sering lupa
Dia...

Aku tak pernah lupa
tentang dendam...
tentang rindu..
Tapi, aku sering lupa
Dia...

Aku tak pernah lupa
tentang semalam...
tentang kelmarin...
Tapi, aku sering lupa
Dia.....


---------------
Posted: Mon Aug 09, 2010 3:09 pm @asamboi.org by me...

 

16 August 2010

BENCI

mengapa membenci?
jika suatu masa dahulu dia pernah mengasihi...
mengapa membenci?
itu semua berpunca darinya....

mengapa membenci?
jika dia pernah dicinta?
mengapa membenci?
itu semua tanyakan padanya...

mengapa membenci?
jika dia pernah bergelar kekasih..
mengapa membenci?
itu kerna hati telah disakiti...

mengapa membenci?
jika masih menyayangi?
mengapa membenci?
itu kerna hati tidak pernah melupakan...

mengapa membenci?
jika masih mengingati?
mengapa membenci?
itu kerna tiada kemaafan...

---------------
Posted: Wed Aug 22, 2007 12:34 pm @asamboi.org by me...


12 August 2010

MENGAPA

mengapa begini?
hati ini bagaikan sudah beku
tapi hadirnya buat aku terpaku
buat aku lupa segalanya..

mengapa begini?
hadirnya merubah segala
kebekuan hati mula goyah
buat aku tersiksa...

mengapa begini?
aku tidak ingin terusan begini
ingin kutolak cintanya
tapi dayaku tiada....

mengapa begini?
cintanya itu membahagiakan
hati bagai mahu menerimanya
tapi takut risikonya....

mengapa?????????

-----
Posted: Sun Nov 05, 2006 12:29 pm @asamboi.org by me...

TENTANG CINTA

cinta itu hadir tanpa dipaksa
hadirnya juga dalam diam
datangnya tak perlu dijemput
perginya jua tak perlu diiring

cinta itu ceria
tapi cinta itu juga derita
cinta itu membakar semangat
tapi cinta itu juga menghampakan

cinta itu hidup
adakalanya menjadi buta
butanya kerana manusia
hanya cinta pada yang kuasa mampu bertahan..

-------- 
Posted: Fri Oct 20, 2006 8:52 am @asamboi.org by me...

 

02 August 2010

UNTUK APA?

Aku memerhati tiap ceruk
Mencari kekuatan
Menilai kehebatan
Namun tiada ketemu...

Dalam aku memerhati
Terlihat kelibat
Sedang mengintai
Memburu silapku..

Aku masih memerhati
Ada mata di situ
Melilau mencari aku
Entah untuk apa???...

02 July 2010

PENA BERKATA

Bila mulut senyap
Jangan diduga tingkahnya
Kerana mungkin pena bakal berkata

Bila hati terkedu
Jangan ditanya sebabnya
Kerana mungkin pena perlu berkata

Bila minda terganggu

Mungkin perlu masa
Biarkan sahaja pena berkata..

26 June 2010

JANGAN TUNJUK LAGAKMU

Jangan tunjuk lagakmu
Hanya kerana pangkatmu
Matimu nanti bakal ke tanah jua

Jangan tunjuk lagakmu
Walau siapa pun dirimu
Berakmu tetap busuk

Jangan tunjuk lagakmu
Tinggi mana darjatmu
Tidak mati bersamamu

Jangan tunjuk lagakmu
Besar mana pangkatmu
Mati nanti tetap sendiri...


21 June 2010

DOA UNTUKKU

Salahkah aku meminta
Silapkah keinginan
Walau hanya mahu kamu
Doakan untukku

Aku cuma mahu kamu
Doa untukku
Agar aku tidak silap
Memilih keinginan

Aku ingin kamu
Doa untukku
Berjaya dunia
Juga akhirat...

11 May 2010

DI SEBALIK AKU…

Hati tertanya

Siapa di balik itu

Hanya aku

Atau, ada yang lain…

Hati tertanya

Siapa di situ

Aku kah??

Atau, dia…

Akhirnya, hati mengerti

Di situ cuma bayang-bayang

Berselindung di sebalik aku…


17 February 2010

SANA SINI PUN BOSAN…

Di sana…

Aku sangat bosan

Kerana tahu segalanya…

Di sini…

Aku juga bosan

Perlu tahu segalanya…

Di sana…

Aku bosan

Di sini pun aku bosan…

Di sana-sini pun bosan!!!…