About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

01 March 2009

SELOKA VI

Hamidah Asbulleh badannya besar,
Aktif pula dalam acara sukan,
kalau bercakap tak pernah kasar,
Itulah dia atlit rumah Saturn...

Suzylydiawaty Hardi anggun orangnya,
Bekas pelajar Maktab Sabah,
Datang ke sini duduk di asrama,
Ajak berbincang tak pernah marah...

Rosmahwati Imin budak Selagon,
Bila tersenyum berlesung pipit,
Kepada anda yang budiman,
Kalau nak kenal,cubalah rapat...

Kampung Bulud tempat tinggalnya,
Suriani Sainudin gadis peramah,
Wajahnya... aduhai! ceria sentiasa,
Susah sekalipun, masih tak resah...

Masnah Mohd Nor nama penuhnya,
"Lalai" pula nama panggilan,
Orangnya sudah ada yang punya,
Ramai jejaka pasti terkilan...

Kalau ada pisang yang masak,
Jangan pula makan seorang,
Salah dan silap janganlah kutuk,
Cubalah tolong supaya terang...